Friday, July 23, 2010

Nagasaki dan Hiroshima dalam kenangan....


Pengeboman atom Hiroshima dan Nagasaki merupakan serangan nuklear yang dikenakan terhadap Empayar Jepun oleh Amerika Syarikat di bawah
pimpinan Presiden Harry S. Truman sewaktu Perang Dunia II. Pada 6 Ogos 1945, senjata nuklear "Little Boy" dijatuhkan di bandaraya Hiroshima,
diikuti pada 9 Ogos 1945 oleh pengguguran bom nuklear "Fat Man" di Nagasaki. Cuma inilah penggunaan senjata nuklear dalam peperangan dalam
sejarah.
Terdapat beberapa faktor yang menyukarkan anggaran bilangan nyawa yang terkorban dalam pengeboman ini.
Populasi bandar-bandar terlibat sebelum pengeboman cuma diketahui secara kasar, kerana berlakunya pemindahan besar-besaran,
serta juga bilangan buruh paksa yang juga kabur. Sebilangan mangsa terbakar mayatnya sehingga sukar dicam atau mayatnya dilupuskan
dalam pembakaran besar-besaran. Rekod anggota tentera turut musnah,
dan ramai keluarga dikorbankan keseluruhannya, maka kurangnya orang yang mampu melaporkan
bilangan yang terkorban. Menurut kebanyakan anggaran, pengeboman Hiroshima membunuh kira-kira 70,000 orang akibat kesan serta-merta
peletupan itu. Anggaran bilangan yang terkorban menjelang akhir tahun 1945 diberi dari 90,000 hingga 140,000, akibat terbakar, penyinaran,
dan penyakit yang menyusul, diburukkan oleh kesuntukan sumber perubatan.[1][2][3] Sesetengah anggaran mencatat sebanyak 200,000 orang mati
menjelang tahun 1950,
akibat penyakit barah dan kesan jangka panjang yang lain.[2] Bilangan untuk Nagasaki lebih rendah kerana rupa bumi di sana mengurangkan
impak pengeboman,
dengan bilangan yang terkorban serta-merta dianggarkan dari 40,000 hingga 75,000 orang.
Di kedua-dua bandaraya, kebanyakan besar kematian merupakan rakyat biasa. Peranan pengeboman
dalam penyerahan kalah jepun, serta juga kesan dan justifikasinya, banyak dilibatkan dalam perdebatan.
Pada 15 Ogos 1945 Jepun mengumumkan penyerahan kalah kepada pihak Berikat, lalu menandatangani Surat Cara Penyerahan Kalah pada
2 September lalu menamatkan Perang Dunia II,
Maharaja Hirohito dibenarkan memerintah Jepun dengan pengawasan Amerika Syarikat. Lebih-lebih lagi, pengalaman pemgeboman ini menggesa
Jepun untuk mengamalkan Tiga Prinsip Tanpa Nuklear yang melarang Jepun daripada melengkapkan diri dengan senjaa nuklear.

No comments:

Post a Comment